Sejumlah 400 memenuhi perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur hari
ini bagi menyertai himpunan membantah hina Islam dan Nabi Muhammad.
Himpunan itu anjuran NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) susulan dakwaan kerajaan kurang tegas dalam menangani soal penghinaan terhadap agama Islam.
Seperti himpunan anti-Icerd hujung tahun lalu, kali ini beberapa pemimpin Umno dan PAS turut hadir selain wakil-wakil NGO.
Ia berlangsung sepanjang dua jam dengan pemimpin parti dan NGO bergilir-gilir menyampaikan ucapan yang menyentuh soal orang Melayu dan Islam di Malaysia.
Timbalan Pengerusi Ummah Kamaruzzaman Mohamad dalam ucapannya menyifatkan Islam kini dilanda "ancaman demi ancaman tiada henti".
"Kita harus bersatu membela ummah dan memperjuangkan hak Islam, harus gesa kerajaan pertahankan agama agar tidak ditindas.
"Kita bakal turun lagi, malah lebih ramai dari himpunan anti-Icerd, jika tiada apa-apa perubahan," katanya.
Ketua
Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga menyuarakan sentimen sama -
bantahan lebih besar berbanding himpunan anti-Icerd - jika kerajaan
masih tidak peka dalam soal yang menyentuh sensitiviti agama.
"Kita berkumpul bukan kerana parti, tetapi kita marah kerana Nabi kita dihina sebegitu rupa... Baru berkuasa sedikit sudah naik tocang.
"Mana menteri agama (dan) anggota parlimen? Kita akan turun lebih ramai berbanding himpunan anti-Icerd (jika masih berlaku penghinaan agama)," katanya.
Untuk rekod, Malaysiakini sebelum ini menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai himpunan anti-Icerd sebelum ini.
Asyraf dipercayai merujuk tindakan seorang warga emas berusia 68 tahun yang didakwa menghina Nabi Muhammad menerusi akaun Facebooknya.
Minggu
lalu, dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 (Akta 588) kerana menyiarkan kandungan jelik dengan niat
menyakitkan hati orang lain.
Turut hadir Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berdiri bersama-sama peserta himpunan dan tidak memberikan ucapan.
Di tengah cuaca redup, hadirin melaungkan takbir serta 'hidup ummah'. Antara sepanduk yang diangkat adalah 'stop insulting prophet', 'jangan hina nabi kami' dan 'segerakan kes Adib'.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata perhimpunan itu untuk menunjukkan rasa cinta umat Islam kepada agama dan Nabi Muhammad.
"Jangan dihina Nabi kerana kami diajar untuk tak menghina (agama). Jika kami boleh hormat kamu, kamu juga perlu hormat kami," katanya.
Beliau juga menggesa kerajaan lebih tegas mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dalam soal Islam.
Himpunan itu anjuran NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) susulan dakwaan kerajaan kurang tegas dalam menangani soal penghinaan terhadap agama Islam.
Seperti himpunan anti-Icerd hujung tahun lalu, kali ini beberapa pemimpin Umno dan PAS turut hadir selain wakil-wakil NGO.
Ia berlangsung sepanjang dua jam dengan pemimpin parti dan NGO bergilir-gilir menyampaikan ucapan yang menyentuh soal orang Melayu dan Islam di Malaysia.
Timbalan Pengerusi Ummah Kamaruzzaman Mohamad dalam ucapannya menyifatkan Islam kini dilanda "ancaman demi ancaman tiada henti".
"Kita harus bersatu membela ummah dan memperjuangkan hak Islam, harus gesa kerajaan pertahankan agama agar tidak ditindas.
"Kita bakal turun lagi, malah lebih ramai dari himpunan anti-Icerd, jika tiada apa-apa perubahan," katanya.
"Kita berkumpul bukan kerana parti, tetapi kita marah kerana Nabi kita dihina sebegitu rupa... Baru berkuasa sedikit sudah naik tocang.
"Mana menteri agama (dan) anggota parlimen? Kita akan turun lebih ramai berbanding himpunan anti-Icerd (jika masih berlaku penghinaan agama)," katanya.
Untuk rekod, Malaysiakini sebelum ini menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai himpunan anti-Icerd sebelum ini.
Asyraf dipercayai merujuk tindakan seorang warga emas berusia 68 tahun yang didakwa menghina Nabi Muhammad menerusi akaun Facebooknya.
Turut hadir Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berdiri bersama-sama peserta himpunan dan tidak memberikan ucapan.
Di tengah cuaca redup, hadirin melaungkan takbir serta 'hidup ummah'. Antara sepanduk yang diangkat adalah 'stop insulting prophet', 'jangan hina nabi kami' dan 'segerakan kes Adib'.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata perhimpunan itu untuk menunjukkan rasa cinta umat Islam kepada agama dan Nabi Muhammad.
"Jangan dihina Nabi kerana kami diajar untuk tak menghina (agama). Jika kami boleh hormat kamu, kamu juga perlu hormat kami," katanya.
Beliau juga menggesa kerajaan lebih tegas mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dalam soal Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan