Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membolehkan UMNO bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainal Abidin berkata, perbincangan tersebut dilakukan dua bulan yang lalu selepas Presiden UMNO diberi mandat untuk mengadakan pertemuan bersama parti itu.
“Ada perbincangan di antara Ahli Parlimen BN tentang macam mana kita nak berpakat dengan PPBM supaya kita dapat bergabung.
“Kalau boleh pakat dengan PPBM dapat balik bersama-sama kerajaan kita pilih yang terbaik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Bukan hanya PPBM, malah parti itu tambah Zahidi, turut mengadakan perbincangan dengan PKR dan PAS.
“PKR ditubuhkan nak jatuhkan Mahathir tapi diangkat jadi Perdana Menteri, jadi kedua-dua parti ini kalau nak berpakat tak sesuai sebab PKR pun parti berbilang kaum jadi pilihan kita PPBM. Kita cuba berbincang dengan PPBM untuk selamatkan Melayu.
“Mahu PAS tapi PAS berbelah bagi, kita cari jalan terbaik sebab kita mahu orang Melayu diselamatkan ini matlamat UMNO,” jelas beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan