Komander Aksem Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata wanita berumur 40-an itu ditahan di rumah sewanya kira-kira pukul 10 pagi.
Sepasukan anggota Aksem Padang Besar pergi ke rumah sewa wanita itu untuk menyiasat setelah menerima maklumat orang ramai namun tiada sesiapa yang menyahut apabila dipanggil.
“Anggota Askem yang membuat pemeriksaan menemui 32 guni daun ketum di garaj kereta dan tepi rumah dan pada masa sama wanita Thailand berkenaan keluar dari rumah,” katanya.
Syed Basri berkata wanita itu mengaku daun ketum itu miliknya untuk dibawa masuk ke Thailand. Wanita itu diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Daerah Padang Besar untuk tindakan lanjut.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, tambahnya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan