Baik. Sebelum ni ada siarkan tulisan dari FMT yang mana Dr Mujahid ditulis sebagai mengkritik Dr Zakir Naik. Kemudian ada pihak yang pro PH & anti FMT (saya pun bukannnya favor pun FMT ni) yang cuba back-up Dr Mujahid untuk memberikan beliau imej yang lebih baik.
Jadi di sini disertakan satu tulisan yang lebih lembut & lebih adil kiranya dari orang yang telah menonton sendiri ucapan Dr Mujahid tersebut.
Boleh nilaikan sendiri:
Sebenarnya sesiapa yang mendengar dengan teliti ucapan YB Dr Mujahid melalui live tadi, beliau cuma sebut bahawa kaedah dakwah dalam Islam mesti bersifat penerangan tentang Islam itu sendiri dan bukannya dengan cara mencaci agama lain. Betul dah tu.
Cuma silap Dr Mujahid adalah apabila beliau mengambil contoh kaedah dakwah Dr Zakir Naik apabila dia mengulas isu "menghina agama lain". Ini satu perbandingan yang tersasar. Sesiapa pun yang mempunyai asas disiplin ilmu "comparative religion" akan faham bahawa Dr Zakir hanya membuat perbandingan apabila menjelaskan perbezaan / persamaan antara agama Islam dan agama penyoal.
Contohnya jika penyoal beragama Kristian mempersoalkan kenabian Nabi Muhammad, beliau akan memberi bukti dari agama Kristian sendiri berkenaan kerasulan baginda. Jika penyoal beragama Hindu mempersoalkan konsep hukuman dalam Islam, maka beliau akan membandingkan pula prinsip hukuman dalam agama Hindu. Cara menjawab dengan memberi contoh yang dekat kepada diri si penyoal adalah lebih mudah difahami oleh pihak yang bertanya. Jika dia benar2 mahu bertanya.
Dr Mujahid ni tak pernah tengok ke perbincangan antara agama di Speakers Corner, London?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan