KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa pengurusan dan polisi
Lim Guan Eng teruk selepas Menteri Kewangan mengeluarkan kenyataan
bahawa bekas Perdana Menteri itu gagal dalam ujian perakaunan.
Dalam kenyataan terbaharunya, Najib tidak menafikan Guan Eng seorang ahli politik yang berbakat terutama dalam memutarbelit dan gemar menyalahkan orang lain dalam menyakinkan penyokongnya.
Tetapi soal ekonomi berlandaskan kepada fakta angka sebenar dan akan memberi kesan kepada kehidupan 31 juta rakyat Malaysia selain masa depan negara ini.
Sehubungan itu, Najib meminta Menteri Kewangan itu menjawab 17 soalan agar beliau dan orang awam memahami fakta dan kebenaran.
Sebanyak 17 soalan tersebut adalah:
Tambah Najib, beliau tahu Guan Eng tidak akan berani atau jujur untuk menjawab semua soalan-soalan di atas ini tetapi saya tetap mahu kemukakan agar rakyat faham meskipun menjangkakankan Kit Siang akan mengeluarkan banyak kenyataan selepas ini.
Tegas Najib, putar belit yang dibuat oleh Guan Eng sedikit pun akan membantunya jika pengurusan dan polisi Menteri Kewangan itu teruk. – MalaysiaGazette
Dalam kenyataan terbaharunya, Najib tidak menafikan Guan Eng seorang ahli politik yang berbakat terutama dalam memutarbelit dan gemar menyalahkan orang lain dalam menyakinkan penyokongnya.
Tetapi soal ekonomi berlandaskan kepada fakta angka sebenar dan akan memberi kesan kepada kehidupan 31 juta rakyat Malaysia selain masa depan negara ini.
Sehubungan itu, Najib meminta Menteri Kewangan itu menjawab 17 soalan agar beliau dan orang awam memahami fakta dan kebenaran.
Sebanyak 17 soalan tersebut adalah:
- Adakah benar kerajaan hilang RM30 bilion atau lebih bagi pendapatan tahun ini berikutan sifar GST selama 3 bulan serta pengenalan semula subsidi menyeluruh selepas PRU14?
- Adakah benar tuntutan cukai input GST melonjak selepas GST disifarkan pada Jun 2018?
- Adakah benar Malaysa adalah satu-satunya negara dalam sejarah dunia yang menghapuskan GST dan kembali kepada SST, pada ketika lebih banyak negara beralih kepada GST bagi meningkatkan daya saing negara mereka?
- Adakah benar harga petrol di Malaysia pada masa ini adalah lebih rendah dari Arab Saudi yang mengeluarkan 20 kali ganda minyak sehari berbanding Malaysia dan lebih rendah dari negara Teluk?
-
Adakah benar sejak PRU14, pelaburan terus asing (FDI) bagi suku kedua
2018 jatuh kepada RM2.84 bilion (iaitu pelaburan paling rendah sejak
2008) daripada RM11.98 bilion berbanding suku pertama dan RM8.66 bilion
bagi tahun sebelumnya, pertumbuhan KDNK pada 4.5 peratus bagi suku kedua
2018 adalah di bawah unjuran, Ringgit menyusut sebanyak 30 sen
berbanding Dolar Amerika, berpuluh bilion Ringgit pelaburan saham dan
modal keluar dari Malaysia manakala Rizab Antarabangsa BNM menyusut dari
US$110 bilion setiap bulan kepada US$103.9 bilion sehingga 15 September
2018.
-
Adakah benar tekanan utama terhadap kewangan negara tahun depan ialah
kehilangan pendapatan RM40 bilion setahun berikutan penghapusan GST dan
peningkatan subsidi pukal?
-
Adakah benar pembatalan dan penangguhan pelbagai projek turut
menyebabkan kehilangan pekerjaan baru dan sedia ada selain penyusutan
pertumbuhan ekonomi menyebabkan ahli ekonomi menjangkakan negara akan
terjerumus ke dalam kemelesetan tidak lama lagi?
-
Adakah benar di sebalik dakwaan Pakatan Malaysia akan bankrap selama
10 tahun sebelum ini dan kononnya kerajaan terdahulu tak pandai mengurus
ekonomi. BN secara konsisten berjaya mengurangkan defisit bajet setiap
tahun, meningkatkan BR1M, meningkatkan gaji kakitangan awam dan gaji
minimum serta mengekalkan pertumbuhan KDNK antara tertinggi di dunia
termasuk mengatasi Singapura sejak 2011 manakala eksport meningkat
setiap tahun?
- Adakah benar dengan menyalahkan saya dan kerajaan lalu adalah alasan paling mudah untuk digunakan sebagai ‘keputusan sukar’ bagi bajet akan datang di mana dijangkakan bantuan untuk rakyat akan dihentikan, pinjaman kerajaan akan meningkat dan unjuran pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah biarpun ia sebenarnya adalah akibat polisi, perancangan teruk dan salahtadbir anda sendiri yang menjadi penyebabnya?
-
Adakah benar, sebagaimana pernah saya jelaskan dua kali sebelum ini,
adalah mustahil wang disatukan kerajaaan hanya berbaki RM450 juta pada
hujung April 2018 kerana sentiasa terdapat “buffer” dua bulan sebagai
penampan bayaran gaji dan pencen sekitar RM8 bilion sebulan dan saya
pernah tanya dua kali kepada Guan Eng untuk beri jawapan pada jadual di
bawah untuk tunjukkan kepada rakyat bagaimana ia berlaku namun tidak
pernah dijawab?
-
Adakah benar jika dakwaan anda benar sekalipun kononnya ia hanya
berbaki RM450 juta pada hujung April 2018, anda mempunyai akses kepada
akaun kerajaan dan dengan mudah untuk mendapatkan jawapan ke mana wang
itu dibelanjakan? Kenapa tanya saya pula?
-
Adakah benar disebalik anda mendakwa lebih 1.5 juta orang akan
terkesan dari tuntutan LHDN yang tidak dikembalikan, tiada seorang pun
Ahli Parlimen Pakatan pernah menyuarakan isu ini sepanjang 10 tahun lalu
dan tak pernah menjadi masalah namun tiba-tiba ia menjadi masalah?
-
Adakah benar, anda hanya mengetahui kononnya terdapat kelompongan
RM35 bilion bagi tuntutan GST dan LHDN selepas 3 bulan anda menjadi
menteri kewangan dan secara kebetulan selepas anda mengetahui terdapat
lonjakan tinggi bagi tuntutan input GST selepas GST sifar pada Jun 2018.
-
Adakah benar, saya sudah bertanya berulangkali kepada anda untuk
memulakan RCI terhadap ‘kehilangan RM35 bilion’ ini berikutan jumlahnya
yang besar namun anda tidak berani beri jawapan?
-
Adakah benar liabiliti kontijensi dilaporkan secara telus setiap
tahun termasuk dibawah akaun BNM dan ia sekaligus buktikan bahawa
kerajaan lalu tak pernah sembunyikan sebarang hutang atau liabiliti
kontijensi?
-
Jika benar hutang negara adalah RM1 trilion sebagaimana dakwaan anda
dan kita berada di pinggir krisis kewangan, mengapa kesemua agensi
penarafan kewangan antarabangsa, IMF dan Bank Dunia berikan kita
penarafan A?
- Guan Eng juga menyebut dalam kenyataannya hari ini bahawa tiada kaitan antara harga minyak dan nilai Ringgit disebalik pelbagai kajian dan analisa menyatakan sebaliknya. Mungkin Guan Eng terlalu malas untuk membaca, mungkin dia boleh rujuk kepada carta di bawah (saya lukis kerana mungkin dia malas baca)?
Tambah Najib, beliau tahu Guan Eng tidak akan berani atau jujur untuk menjawab semua soalan-soalan di atas ini tetapi saya tetap mahu kemukakan agar rakyat faham meskipun menjangkakankan Kit Siang akan mengeluarkan banyak kenyataan selepas ini.
Tegas Najib, putar belit yang dibuat oleh Guan Eng sedikit pun akan membantunya jika pengurusan dan polisi Menteri Kewangan itu teruk. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan