NGO mesra Umno, Pemantau Malaysia Baru hari ini mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berdasarkan laporan yang sebelum ini dibuat oleh pemimpin PKR.
Salah seorang anggota NGO itu, Zamil Ibrahim, yang hadir bersama kira-kira 100 yang lain di hadapan Istana Negara hari ini, berkata mereka memberi masa 48 jam kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM DAtuk Seri Shukri Abdull untuk mengambil tindakan.
Dalam ucapannya, Zamil, yang merupakan bekas pemimpin pusat PKR, berkata mereka juga mahu Yang di-Pertuan Agong mengkaji semua pelantikan Shukri oleh kerajaan HARAPAN.
Dia mendakwa Shukri seorang "penakut" yang "menyalahgunakan kuasa" untuk menjatuhkan pemimpin BN.
"Ketika dia berundur dari SPRM (sebagai timbalan ketua pesuruhjaya pada 2016), Shukri menyampaikan ucapan di mana dia meminta rakan-rakannya meneruskan tugas kerana mereka akan disoal di akhirat jika menyembunyikan kes.
"Saya ingin tanya dia sekarang, adakah tindakannya hari ini tidak akan disoal do akhirat?
"Kami ingin memohon Yang di-Pertuan Agong mengkaji semula pelantikan Shukri... Kerana beliau gagal menjalankan tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM, (menyalahgunakan kuasa) untuk menjatuhkan pemimpin BN.
"Di mana semua laporan yang dibuat pemimpin PKR terhadap Dr Mahathir dan anak-anaknya? Kami mahu SPRM buka semula. Saya beri masa 48 jam," katanya kepada hadirin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan