Khamis, 27 September 2018

PM: 'Usaha persendirian' untuk bawa pulang Jho Low dari China

MALAYSIAKINI


   
Putrajaya sedang berusaha melakukan "usaha persendirian" untuk membawa pulang ahli perniagaan buruan, Jho Low dari China, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Adalah agak sukar bagi kami untuk menuduh China menyembunyikannya, jadi kami berusaha beberapa cara atau usaha persendirian untuk mendapatkan Low dari China," katanya dipetik oleh The Star.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Low berada di CHina, semasa satu pertemuan dengan Majlis Amerika Syarikat mengenai Hubungan Luar di New York.

Mahathir juga menafikan dakwaan bahawa Low mungkin merupakan 'intelligence asset' bagi Beijing.

"Saya tidak fikir begitu. Saya tidak fikir China mempunyai rasa hormat kepadanya sama sekali, "katanya.

Beliau juga berkata, Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan China.

Tiada ulasan: