Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Dr Zakir Naik mengislamkan ramai orang, menteri bagaimana?
BANGI
– Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyarankan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa
supaya meneliti dengan baik ceramah Dr Zakir Naik yang didakwanya
mencaci agama lain.
Ridhuan Tee
berkata, sepanjang penelitiannya, ucapan dan sudut pandang pakar
perbandingan agama itu tidak bercanggah daripada pandangan akademik.
“Hanya
mereka yang makan cili sahaja yang terasa pedaskan. Dr Zakir Naik tidak
pernah mengeluarkan kenyataan memperlekeh atau memandang rendah kepada
agama lain.
“Hujah yang
Zakir Naik keluarkan sentiasa bersandar kepada fakta. Justeru, saya
mohon menteri Jabatan Perdana Menteri, meneliti ceramah dan ucapan Zakir
Naik, pernahkah beliau mencaci agama lain,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Beliau juga
bertanya sama ada pernahkah pihak yang mendakwa Dr Zakir Naik mencaci
agama lain, mendengar khutbah gereja setiap Ahad yang kadang kala,
paderi mereka turut meremeh dan merendahkan status agama Islam.
“Ya, tidak
dinafikan kita tidak perlu terikut-ikut dengan rentak mereka. Tetapi
adalah lebih baik jika Mujahid mengeluarkan pendapat seiring dengan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menegaskan
Malaysia tidak akan dengan mudah bersetuju terhadap sebarang desakan
menghantar pulang Dr Zakir Naik sebelum membuat penilaian secara teliti.
“Jika
dibandingkan dengan sarjana perbandingan agama di dunia, masih belum ada
tokoh setanding Dr Zakir Naik. Kita tidak mahu, hanya kerana terlalu
mahu menjaga hati orang, hati umat sendiri terluka.
“Dibimbangi
nama kita yang baik seperti Mujahid terpalit menjadi ‘mujahat’ hanya
kerana gara-gara pandangan terhadap Dr Zakir Naik yang tidak bersandar
kepada kajian yang rapi dan teliti,” katanya.
Beliau menegaskan, jangan kerana ultra kiasu memusuhi Dr Zakir Naik, maka menteri turut terikut-ikut rentak musuh.
“Apakah kita
sebagai menteri mampu lakukan sebagaimana Almarhum Tunku Abdul Rahman,
pengasas Perkim yang berjaya mengIslamkan beberapa menteri.
“Jika kita
tidak mampu, jangan lah tegar mengatakan dakwah Dr Zakir Naik tidak
sesuai. Sedarkah kita berapa ramai yang telah diislamkan oleh Dr Zakir
Naik. Jika beliau ekstrem mana mungkin mereka yang ‘non-muslim’ masuk
Islam,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan