Rabu, 26 September 2018

Rosmah tiba di SPRM kali kedua


Rosmah tiba di SPRM kali kedua
 
 
PUTRAJAYA - Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira jam 9.50 pagi, tadi, bagi membantu siasatan kes 1MDB.

Rosmah, 66, hadir menaiki kereta Proton Perdana dengan ditemani peguamnya, Datuk K Kumaraendran.

Kelihatan Rosmah berbaju kurung dan selendang hijau bagi merakamkan keterangannya berhubung kes berkenaan.

Ini kali kedua isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dipanggil ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan kali pertama adalah 5 Jun lalu.

SPRM tidak menolak kemungkinan Rosmah akan turut didakwa, namun ia belum diketahui bila tindakan itu akan diambil.

[ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Najib, Rosmah pula]

Akhbar  New Straits Times melaporkan, Rosmah bakal berdepan dengan 20 pertuduhan jenayah dalam masa terdekat selepas siasatan yang bermula dua tahun lalu itu dilengkapkan.

Siasatan terhadap Rosmah dibuka semula sejak tiga bulan lalu sejurus BN ditumbangkan dalam PRU14 lalu.

Tiada ulasan: