Isnin, 24 September 2018

Umno buat pemutihan selepas trend keluar parti

MALAYAIAKINI

   

Umno akan melaksanakan pemutihan terhadap keanggotaan parti itu, kata Setiausaha agungnya Datuk Seri Annuar Musa.

Langkah itu diumumkan selepas trend pemimpinnya keluar parti, terbaru Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari ini.

“Ini telah diminta oleh akar umbi. Mereka merasakan pemutihan ini diperlukan.

"Ada keahlian yang diragukan statusnya,” katanya.

Dalam sidang media di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini, Annuar berkata kali terakhir pemutihan dilakukan beberapa tahun lalu.

Pemutihan itu, kata beliau, dibuat kerana terdapat anggota yang telah meninggal dunia dan menyerahkan permohonan keluar parti.

Proses pemutihan terhadap 3,696,383 anggota berdaftar itu dijangka selesai hujung bulan ini.


Tiada ulasan: