MOHD ALI HASHIM
Parti AMANAH Negara mendapat sokongan yang amat menggalakkan selepas
Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan negeri dan kerajaan
pusat.
Ini jelas terbukti dengan penubuhan tiga lagi cawangan AMANAH bagi Dun Derga, Parlimen Pokok Sena.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Datuk Dr
Ismail Salleh ketika merasmikan penubuhan tiga cawangan sekali gus
baru-baru ini.
Jelas beliau lagi, seramai 200 orang telah mengisi borang keahlian
baru AMANAH melibatkan cawangan Jalan Ambar, Lorong Sharif dan Lorong
Keriang.
“Ketiga-tiga cawangan ini berada di bawah Dun Derga serta yang
menariknya apabila terdapat satu cawangan yang hanya disertai oleh kaum
Hawa sahaja.
“Atas semangat ini, AMANAH melalui pimpinan Pusat, Negeri maupun kawasan akan terus bekerja dengan rahmah.
“Malah senantiasa membawa perkhabaran yang baik kepada masyarakat,” ujarnya lagi.
Pada Isnin yang lalu AMANAH kawasan Pendang juga turut menubuhkan cawangan baru iaitu cawangan Bukit Kecik.
Adalah difahamkan sejak kejayaan PH menerajui kepimpinan kerajaan negeri Kedah sokongan terhadap AMANAH amat menggalakkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan