Ahad, 16 September 2018

RUGI BESAR JIKA LAKSANA MANIFESTO- MAHATHIR



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengalami kerugian besar sekiranya kerajaan melaksanakan kesemua janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri turut mengakui sebahagian daripada janji manifesto itu menimbulkan banyak masalah dan memerlukan kajian semula.

“Sekiranya semua janji dalam manifesto PH dilaksanakan, kita mungkin alami kerugian agak besar,” kata pada sidang media di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Jumaat.

Menurutnya, ketika janji manifesto berkenaan dibuat, PH percaya akan kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Sekarang kita menang jadi sekatan-sekatan itu terkena kepada kita.  Sebab itu kita kena buat kajian semula.

“Bagaimanapun, kita ambil perhatian reaksi orang ramai dalam media sosial dan mengambil perhatian mengenai perkara ini,” katanya.

PH  menerima kecaman hebat rakyat apabila banyak janji yang ditawarkan dalam manifesto PH gagal dijanjikan seperti mana diharapkan rakyat.

Ia termasuk penurunan harga minyak, penghapusan tol, menurunkan harga barang serta kos sara hidup serta penghapusan hutang peneroka FELDA.


Tiada ulasan: