SHAH ALAM: Markas PAS
Cawangan TTDI Jaya yang diletakkan di bawah Zon 3 untuk Pilihan Raya
Kecil (PRK) Seri Setia dibantu oleh muslimat PAS dalam dan luar negeri
Selangor sebagai sebahagian jentera PRK.
Ketua Helwa Zon 3, PRK Seri Setia, Wan
Sawiah Wan Nik menyatakan bahawa tenaga muslimat memang perlu digembleng
untuk kemenangan PAS di Seri Setia.
Katanya, PAS benar-benar berusaha untuk
menumbangkan Pakatan Harapan (PH) sebagai satu signal mengenai pelbagai
kepincangan telah berlaku selepas 100 hari pemerintahan mereka.
Antara muslimat yang turut mencurah
tenaga di Bilik Operasi Zon 3, TTDI Jaya ialah Dewan Muslimat PAS Negeri
Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak serta muslimat PAS Kawasan Sepang,
Tanjung Karang dan Sungai Besar.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau,
Masita Mohamed Ali berasa bangga menjadi sebahagian jentera PAS yang
ditugaskan menghantar risalah serta meraih undi di TTDI Jaya.
Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS
Tanjung Karang, Ustazah Marsunah Jemain juga tetap bertenaga membantu
menyiapkan bahan-bahan kempen untuk diedarkan dalam program ‘kepung
masjid’ selepas solat Jumaat hari ini.
Pemangku Ketua Muslimat PAS Selangor,
Noriha Awang berkata, kehadiran muslimat-muslimat tersebut memang
membantu menyemarakkan lagi gerak kerja yang disusun rapi sepanjang
tempoh berkempen dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas
sokongan yang diberikan. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan