SUBKY LATIF
PILIHAN Raya Kecil (PRK) pada 8 September ini (esok) di
Seri Setia dan Balakong bukan untuk menentukan kerajaan Selangor
seperti PRU14 empat bulan lalu. Dan bukan juga demimembebaskan Dato’
Seri Anwar Ibrahim dari larangan berpolitik.
Ia
pengundian atau memorandum bagi menjadikan demokrasi khususnya di
Selangor dan Persekutuan Malaysia subur dan kerajaan barunya dijamin
sihat. Demi itu pengundi di dua PRK itu, yang pintar dan merdeka sayugia
mengundi PAS dan pembangkang.
Jika kedua calon Harapan kalah, ia tidak menjejaskan kerajaan Selangor yang menguasai majoriti dua pertiga sekarang. Majoriti dua pertiga itu suatu yang pembangkang tidak perkenan sepanjang kemerdekaan kita 61 tahun dulu.
Yang seronok ialah parti yang memerintah. Elok logiknya Perikatan Umno, MCA dan MIC menang 51 daripada 52 kerusi yang dipeertandingkan dalam Pilihan Raya 1955, kerana dengannya memudahkan tuntutan kemerdekaan. Tetapi tidak lagi sihat politiknya dua pertiga diulangi sehingga PRU 2004. Majoriti demikian kerajaan demokratis berjiwa rakyat semasa menuntut kemerdekaan menjadi kerajaan berhati batu sejak 1980 hingga ia digantikan dalam PRU14 lalu.
Mungkin hati keras itu bukan salah dan kehendak mereka, tetapi keghairahan pengundi menyokongnya tanpa semak dan imbang boleh menjadkan hati yang lembut keras berdentung. Kerajaan itu bukan sekadar keras kepala tetapi korup, rap-rap-rap! Negara yang kaya tahun 1957 jadi kerajaan yang bangsat tahun 2018.
Maka, justerunya pengundi demokrasi di negara maju di barat, Jepun dan Korea Selatan tidak memikirkan kemenangan partinya saja tetapi mengutamakan kepentingan rakyat, menukar ganti kerajaan dari semasa ke semasa.
Maka pengundi yang pintar dan merdeka di Seri Setia dan Balakong jangan biarkan Harapan yang menang besar dalam PRU lalu mengulangi kerosakan BN dulu kerana kepincangan itu merosakkan semua termasuklah penyokong dan parti yang berkuasa itu dulu.
Mengelak petaka itu mestilah semasa rebungnya.
Pembangkang mesti mengekalkan setiakawan sesama pembangkang seperti yang pembangkang 60 tahun dulu itu. PAS dan DAP saling tidak cocok dari awal. Demi setiakawan pembangkang mungkin tidak holistik, mereka boleh sekata bagi mengelakkan sistem kuku besi kerajaan.
PAS masih pembangkang. Umno dan MCA adalah pembangkang baru. Demikian juga MIC. Yang memenangkan Tuhan. Setiakawan pembangkang tidak mustahil pengundi berubah dalam masa empat bulan.
Mengundi pembangkang kali ini, PAS dan Umno di Balakong mengundi MCA. Cina, India termasuk yang pintar dari DAP kali ini bersama Umno menyokong PAS di Seri Setia demi mengelak berulang korup-rap-rap.
Mengundi pembangkang kali ini demi bertegas terhadap gejala LGBT supaya wabaknya tidak merosakkan kemanusiaan kepada semua.
Mengundi pembangkang ada demi berwaspada kepada cukai SST yang mengeliru dan mencemas pengguna. Beban cukai itu dipercaya adik beradik saja dengan GST. Jika GST zalim yang teruk, SST zalim kurang teruk tetapi tetap teruk.
Jangan tanya pengundi cukai mana yang dikehendaki. Bukan kerja pengundi menentukan cukai macam mana, ia kerja kerajaan. Jika kerajaan tidak tahu apa patut dibuat, serahkan kerajaan kepada pengundi. Biarlah dan barulah pengundi tentukan.
Kerja pengundi ialah demi mendapatkan kerajaan yang terbaik.
Jika Cina dan India mengundi PAS di Seri Setia dan PAS pula mengundi MCA di Balakong, tidakkah ia satu perkembangan baru yang baik untuk masyarakat dan negara selepas 60 tahun merdeka dan selepas perubahan yang tidak diduga empat bulan lalu. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan