Patut lantik ilmuan jadi Presiden UIAM bukan ahli tokoh politik
BANGI
– Pelantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sangat tidak munasabah,
kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Beliau
berkata, tradisi melantik orang politik dalam jawatan di sesebuah
universiti sepatutnya diubah dan dipertimbangkan dengan cara melantik
tokoh ilmuan lain.
“Tak
munasabah Menteri Pendidikan memegang jawatan tersebut, patut beri
peluang kepada tokoh ilmuwan lain yang boleh beri lebih fokus.
“Pelantikan
ini menggambarkan tiada beza antara kerajaan PH dan BN. Hanya salin
kulit sahaja. Tetap meneruskan tradisi melantik orang politik,” katanya
seperti dilapor Sinar Harian.
Semalam, Persatuan Staf Akademik UIAM mengucapkan tahniah kepada Dr Maszlee atas pelantikannya sebagai presiden universiti itu.
Dalam masa
sama, Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Dr Maszlee
bercakap tidak serupa bikin apabila menerima jawatan berkenaan.
Ia
berikutan, sebelum ini Maszlee pernah berjanji kerajaan PH tidak akan
memperalatkan universiti untuk kepentingan politik, termasuk dirinya.
“Yang
membuat kami terkejut apabila YB menerima jawatan Presiden UIA, pada
masa sama Setiausaha Politik YB pula dilantik Lembaga Pengarah
Universiti Utara Malaysia
“Kotakan
janji YB, lantiklah tokoh cendekiawan yang dihormati rakyat untuk
mengemudi universiti dalam era kerajaan baharu ini,” kata Asyraf Wajdi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan