Khamis, 6 September 2018

HARAPAN anggap undang-undang syariah tak bertamadun - Annuar

MALAYSIAKINI

   

Pakatan Harapan (HARAPAN) menganggap pelaksanaan hukuman sebat dalam undang-undang syariah akan mengheret Malaysia ke zaman 'barbaric' atau tidak bertamadun, kata Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilapor tidak bersetuju dengan hukuman dijatuhkan Mahkamah Syariah Terengganu terhadap pasangan lesbian baru-baru ini.

"Sebagai bakal Perdana Menteri (PM), kata-kata ini memberi makna dan kesan sangat besar.

Kemudian tersebar pula kenyataan Urusetia Pakatan Harapan (HARAPAN), yang senada, membantah hukuman itu dengan ulasan yang sangat memeranjatkan!

"HARAPAN menganggap pelaksanaan hukuman sedemikian mengheret Malaysia Baru ke zaman 'barbaric', zaman tidak bertamadun. Ini bererti kerajaan Malaysia secara rasmi menganggap hukuman rotan (syariah) sebagai hukuman tidak bertamadun dan 'barbaric'

"MasyaAllah, apakah hukumnya bagi orang Islam yang menganggap hukum Islam itu barbaric? Mungkin para alim ulama boleh menjelaskannya," kata Annuar.

Anwar baru-baru ini dilapor berkata hukuman sebat di khalayak tanpa melalui proses dan kefahaman betul serta tanpa belas kasihan tidak diterima rakyat Malaysia.

Bekas ketua pembangkang itu juga dilapor berkata tidak bersetuju dengan tindakan berkenaan kerana ia merupakan satu bentuk penindasan.

Bagaimanapun, Pengerusi HARAPAN Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad menafikan Urusetia HARAPAN mengeluarkan surat bagi membantah pelaksanaan hukuman sebat di Terengganu.

Katanya, surat berkenaan adalah palsu dan bertujuan menimbulkan kebencian terhadap perajaan persekutuan yang dipimpin HARAPAN, kononnya mengiktiraf lesbian, gay, biseksual, transgander (LGBT) di negara ini.

Diluluskan parlimen, DUN

Menurut Annuar hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan Dewan Undangan Negeri.

"Dalam kes berkenaan, kita difahamkan pesalah telah mengaku salah.

"Maka jenis hukuman adalah mengikut apa yang telah tersedia dikanunkan, bukan semberono hakim atau semberono Peguam Negara.

"Ia bentuk yang sudah disemak oleh pakar syarak, diluluskan oleh Dewan Negeri dan diperkenan oleh DYMM Sultan.

Justeru itu, beliau berkata Anwar perlu menjelaskan, proses sepatutnya yang perlu diikuti.

"Daripada sudut mana Anwar merasakan intepretasi Islam dibuat secara sempit?" soal Annuar.


Tiada ulasan: