Khamis, 13 September 2018

MCW yakin tiada tangan asing arah SPRM


Jais Abdul Karim
Jais Abdul Karim
 
 
KUALA LUMPUR - Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) kagum dengan ketegasan dan keberanian yang ditunjukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penangkapan dan penahanan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Shafee Abdullah.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, badan itu yakin tiada tangan-tangan lain di belakang SPRM yang mengarahkan tindakan berkenaan diambil.

"Kita mesti membiarkan proses undang-undang mengadili perkara ini.

"Sebagai peguam yang berpengalaman, (Tan Sri ) Shafee  pasti sudah menjangka tindakan ini dan mampu melakukan pembelaan terbaik," katanya pada satu kenyataan media.

Tambah Jais, rakyat Malaysia dan pengamal perundangan umumnya pasti memerhati kes ini dengan penuh minat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Shafee Abdullah ditahan, didakwa pagi ini]

Terdahulu dilaporkan, Peguam Datuk Seri Najib Razak, Shafee  dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram.

Menurut sumber, beliau telah ditahan di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Beliau didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Tiada ulasan: