Jumaat, 7 September 2018

Lantikan Maszlee: Ini komen Tun M...

Sinar Harian  / astro awani
Lantikan Maszlee: Ini komen Tun M...
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemilihan Maszlee bukan dibuat kerana beliau 'orang' Bersatu tetapi kerana kredibilitinya. - Gambar fail/Astro AWANI
 
PUTRAJAYA: Pemilihan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah berdasarkan kualiti dan kelayakan yang ada pada beliau.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemilihan Maszlee bukan dibuat kerana beliau 'orang' Bersatu tetapi kerana kredibilitinya.

"Walaupun kita telah kata orang daripada parti tak perlu masuk (dalam hal pentadbiran) tapi mereka ini bukan dilantik kerana parti tapi kerana kebolehan.

"Jadi kita perlu juga beri layanan kepada mereka...mungkin tidak sebagai pengetua, ketua pegawai eksekutif (CEO) tetapi jawatan yang lebih rendah.
 
"Namun bukanlah sehingga mengisi seluruh pengarah eksekutif oleh orang parti, itu kita tidak lakukan," katanya dalam wawancara di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab kontroversi berhubung pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM.

BACA: UIAM sambut baik pelantikan Maszlee Malik sebagai presidennya

BACA: Tak kira siapa ketuai UIAM, yang penting hak bersuara dipelihara - Syed Saddiq


Sementara itu, ketika mengulas mengenai pelaksanaan janji manifesto PH berhubung isu ini, Dr Mahathir berkata, 'ada sebab Maszlee dilantik'.

"Satu perkara yang perlu kita ingat adalah, ketika manifesto dibuat kita masih dalam parti pembangkang.

"Dan kita anggap dalam PRU14 pun kita akan kalah, tetapi sekarang ini kita menang, jadi kita dapati bahawa apakah mungkin kita memberi tempat kepada orang yang tidak menyokong kita dulu, sebaliknya orang yang menyokong kita bekerja berhempas pulas, beri kemenangan kepada kita tidak mendapat tempat sama sekali.

"Tetapi yang utama adalah kualiti orang itu kalau ianya macam dulu sampai 100 orang ahli Umno dijadikan pengarah dan sebagainya, mereka ini tiada kebolehan sama sekali yang kita akan pilih orang yang berkualiti untuk mengetuai mungkin... tetapi orang kita pun yang ada kelayakan yang cukup," katanya

Dalam pada itu, ketika ditanya pemilihan Maszlee ini akan menimbulkan konflik kepentingan, Mahathir menafikan perkara itu.

"Walau apapun keputusan untuk meluluskan peruntukkan adalah di bawah kuasa Kementerian Kewangan," katanya. 
 
 

Tiada ulasan: