KOTA KINABALU – Dua lelaki yang juga kru bot nelayan
diculik oleh dua lelaki bersenjata di perairan Pulau Gaya, Semporna,
kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah
berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang berusia 30-an sedang
melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan itu.
“Dua lagi lelaki yang turut berada di dalam kapal itu sempat bersembunyi semasa dua lelaki bersenjata menaiki kapal mereka.
“Selepas beberapa minit, kedua-dua lelaki yang bersembunyi
keluar dan mendapati dua lagi rakan mereka telah dilarikan oleh kumpulan
bersenjata berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat identiti mangsa, termasuk kumpulan yang bertanggungjawab melakukan penculikan itu.
“Kita tidak menolak kemungkinan bahawa penculik itu
merupakan kumpulan yang menculik untuk tebusan namun sehingga kini kita
belum menerima panggilan daripada mana-mana pihak yang bertanggungjawab
melakukan penculikan itu,” tambahnya.
Omar berkata sejurus meneima maklumat mengenai kejadian itu
kira-kira pukul 2 pagi, pihaknya segera mengarahkan pasukan untuk
menjejaki suspek. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan