KUALA
LUMPUR – “Kami cukup sedih dan kecewa dengan Menteri Pendidikan,
Maszlee Malik yang sebelum ini kami anggap sebagai seorang pemimpin yang
sangat terbuka tetapi..
“Dasar pintu terbuka yang selalu menjadi laungan beliau sebelum ini namun nampaknya semua itu tidak benar.
“Kami
cuba untuk bertemu dan bercakap dengan beliau sejak tiga bulan lepas
tapi gagal untuk mengadakan sebarang perbincangan sebelum ini,”.
Demikian luahan mahasiswa merangkap jurucakap Gabungan Pembebasan Akademik IPT, Asheeq Ali Sethi Alivi kepada MalaysiaGazette sebentar tadi.
Malah
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu yang sebelum ini terkenal dengan
keramahan serta kepetahan bercakap itu terutamanya dalam kalangan
pelajar dan mahasiswa mengundang rasa kecewa dengan pelbagai isu.
Menurut
Asheeq, Maslzee sehingga kini tidak menjawab isu yang dibangkitkan
berhubung pelantikan beliau sebagai presiden Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Sekumpulan
pelajar serta aktivis yang menggelar diri mereka Gabungan Pembebasan
Akademik IPT itu juga bertindak mengadakan bantahan di pejabat menteri
pendidikan itu di Putrajaya kelmarin.
“Apa
yang sangat mengecewakan kami beliau selaku Menteri Pendidikan yang
begitu memahami keadaan kami sepatutnya menjawab isu berbangkit dan
bukan sekadar mengalih isu dan bercakap tentang tangkapan dua aktivis
kami oleh polis.
“Mengapa
tidak jawab tentang bantahan dan motif bantahan yang menyebabkan kami
melakukan demostrasi aman sedemikian? Mengapa panjang berjela beliau
sekadar bercakap tentang penangkapan dua aktivis itu? Ini adalah helah
untuk beliau ‘lari’,” tegasnya.
Tambah
Asheeq yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan undang-undang
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), matlamat mereka jelas, pihaknya
mahu beliau meletak jawatan atau tidak menerima tawaran tersebut sebagai
Presiden UIAM.
Sabtu
lepas, Asheeq Ali, 23, bersama Siti Nurizzah Mohamad Tazali, 23,
ditahan polis selepas enggan bersurai dari kawasan hadapan pagar masuk
utama Parcel E, Putrajaya yang menempatkan beberapa kementerian termasuk
Kementerian Pendidikan.
Asheeq
dan Nuizzah mengadakan tunjuk perasaan bantah duduk, bersama tidak
lebih 10 pelajar dari beberapa universiti, di pejabat Kementerian
Pendidikan sejak pukul 8 pagi pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Masing-masing
juga menegaskan tidak akan sesekali berganjak sehingga Maszlee letak
jawatan atau menolak pelantikan sebagai presiden UIAM.
Maszlee dalam satu kenyataan hanya sekadar berkata, pihaknya akan menyiasat lanjut tentang penahanan tersebut.
Beliau turut mengesahkan dirinya tidak dapat mengadakan
pertemuan dengan kumpulan mahasiswa itu kerana berada di Sarawak sejak
Jumaat untuk lawatan kerja dan sudah memberi arahan kepada pegawainya
untuk bercakap dengan mereka.
Asqeeq turut menegsahkan pertemuan tersebut pada Rabu ini dan
berharap dapat bertemu Maszlee buat sekian kali bagi memberi jawapan
bagi kemelut ini.“Ada pegawai Maszlee telah menghubungi kami untuk satu pertemuan pada jam 6.30 petang Rabu ini. Kami sangat berharap selepas ini kita akan mempunyai hubungan antara Menteri dan para mahasiswa dalam isu-isu yang dibangkitkan seperti janji beliau sebelum ini.
“Itu adalah matlamat kami dalam pertemuan ini, satu lagi kami tidak mahu campurtangan politik dalam universiti. Beliau perlu membawa pembaharuan ini,” tegasnya.
Rata-rata
mahasiswa ini juga mahu Maszlee mencontohi sikap yang ditonjolkan oleh
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akur dengan janji PH dalam
manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan tidak menjadi Menteri
Pendidikan apabila mendapat halangan segelintir pihak.
Tun
Mahathir akur dengan akujanji tersebut malah menghormati pandangan
pelbagai pihak yang tidak mahu beliau menjawat jawatan tersebut,
sebaliknya diberikan kepada Maszlee untuk menerajui kementerian
tersebut.
Sebelum ini, Maszlee turut dipersoal bagaimana Penasihat Khas beliau, Wan Saiful Wan Jan dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Maszlee
menafikan kedudukan Wan Saiful di PTPTN sebagai lantikan politik,
sebaliknya jawatan yang dipegang untuk tempoh terhad menunaikan janji
kerajaan PH dalam perkara berbangkit hutang tabung tersebut.
Jumaat
lepas, Tun Mahathir turut memberitahu media pihaknya sedang membuat
kajian tentang pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM berikutan
tentangan pelbagai pihak termasuk dalam kalangan kepimpinan PH sendiri. –
Malaysia Gazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan