KUALA
LUMPUR – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Holdings Bhd., Datuk
Zakaria Arshad digantung tugas berkuatkuasa hari ini sehingga satu
tarikh diberitahu kelak selepas diberikan Notis Inkuiri oleh lembaga
pengarah syarikat.
Dalam
satu kenyataan di Bursa Malaysia hari ini, ahli lembaga syarikat
perladangan sawit terbesar negara itu berkata, Zakaria diberikan notis
berkenaan susulan siasatan dalaman melibatkan 10 isu kritikal di dalam
syarikat.
“Kesemua isu-isu tersebut menyebabkan kerugian terhadap FGV dan pemegang sahamnya,” kata syarikat berkenaan.
Tambahnya,
operasi FGV akan diteruskan seperti biasa dan buat sementara waktu
Jawatankuasa Khas Lembaga Pengarah 2 yang melibatkan empat pengarah
syarikat iaitu Pengerusinya, Datuk Azhar Abdul Hamid, Datuk Dr. Salmiah
Ahmad, Dr. Mohamed Nazeeb P. Alithambi dan Datin Hoi Lai Ping akan
mengambil tanggung jawab Presiden Kumpulan dan CEO.
Semalam, Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) menarik balik kontrak Zakaria sebagai Pengarah yang Dilantik Kerajaan.
Kerajaan melalui MoF Inc memegang saham istimewa di dalam FGV.
Semasa
sidang media khas 3 September lalu, Azhar dan Pengarah Bebas FGV, Datuk
Mohd. Anwar Yahaya menyuarakan ketidakpuasan hati lembaga pengarah
terhadap prestasi kewangan syarikat yang dikatakan jauh tertinggal di
belakang para pesaing-pesaingnya walaupun memiliki aset yang lebih
banyak.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan