PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan hari ini mengambil keputusan
untuk menghentikan serta merta program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ).
Perkara itu disahkan menterinya, Anthony Loke Siew Fook selepas perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet hari ini.
“Kita merasakan bahawa perkara ini tidak patut sebab tidak melalui proses pembelajaran atau program khusus yang lebih ketat dimana ujian dibuat di kawasan luar bandar dan lepas itu berjaya mendapatkan lesen.
“Sesiapa yang mahu mendapatkan lesen mesti melalui proses sedia ada dan lalui ujian memandu dan sebagainya,” kata beliau dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkutan yang baru dilantik, Datuk Kamaruddin Jaafar.
Sehingga akhir tahun 2017, seramai 132,851 orang terima lesen melalui program ini.
Progam yang mula diperkenalkan pada 2009 melibatkan golongan berusia 40 tahun keatas untuk mendapatkan lesen memandu kelas B2 terutamanya masyarakat luar bandar.
Pada 28 Jun lalu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Mohd. Shafiq Anas Abdullah berkata, program tersebut sedang ditambah baik bagi manfaat masyarakat.
Tegasnya, program tersebut telah dilaksanakan dalam empat tempat melibatkan lebih 2,000 orang daripada tujuh tempat yang dirancang tahun ini.
Dalam pada itu, Anthony berkata, faktor pemandu terbabas sendiri menyumbang kepada jumlah kemalangan maut tertinggi sepanjang Ops Bersepadu dilancarkan tahun ini.
Jelasnya, 142 kes kemalangan maut adalah disebabkan oleh faktor tersebut daripada 235 kes kemalangan maut yang dicatatkan pada operasi berkenaan.
Ops bermula pada 8 Jun lalu berakhir 22 Jun lalu dengan mencatatkan sejumlah 22, 411 kemalangan dan 248 kematian.
“Pendekatan untuk kempen dan pelaksanaan kita akan kaji balik. Pada mesyuarat Kabinet tadi telah keluarkan arahan supaya satu kajian semua akan dijalankan untuk kempen bersepadu akan datang.
“Untuk Ops Bersepadu pada tahun hadapan iaitu pada Tahun Baru Cina, itu mesti gunapakai pendekatan baharu dan dikaji semula,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan