Barisan anggota Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan supaya memberi tumpuan kepada usaha merealisasikan janji dalam manifesto pilihan raya dan mengelak daripada menyalahkan kerajaan sebelum ini
Bekas pemimpin UMMO Tan Sri Dr Rais Yatim yang kini menjadi ahli PPBM berkata, dengan cara ini mereka dapat memberi tumpuan seimbang kepada setiap portfolio dalam sesebuah kementerian yang diterajui mereka.
“Tukang yang paling senang ialah tukang caci, jangan salahkan kerajaan terdahulu sebaliknya fokus untuk menunaikan janji dalam manifesto dan membangunkan kehidupan rakyat.
Saya luahkan ini atas prinsip kerajaan sekarang menggalakkan (rakyat supaya) berani menegur, kalau dulu saya menegur, saya dibuang daripada Umno, kini saya harap saya tidak dibuang mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Rais berkata, walaupun setakat ini kerajaan Harapan berjaya melaksanakan beberapa manifesto seperti penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), siasatan ke atas penyelewengan wang negara oleh pimpinan terdahulu dan penamatan dua tol namun masih ada manifesto penting yang belum dilaksanakan.
“Saya melihat usaha menurunkan harga barangan harian tidak lagi difokus sedangkan ia masih menjadi masalah besar pada rakyat.
Begitu juga dengan penurunan harga minyak yang saya kira jika berjaya dilaksanakan, ia akan menambah keyakinan rakyat kepada kerajaan PH,” kata Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM).
Beliau juga berkata, kadar tarif elektrik yang dinaikkan baru-baru ini perlu dikaji semula kerana di sebalik keuntungan yang diumum oleh beberapa syarikat seperti Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kenaikan tersebut adalah tidak wajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan