Khamis, 5 April 2018

Warga asing basuh sayur dalam lopak air

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
RAWANG: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengenakan kompaun dan menyita barangan peniaga yang merendam sayur di dalam lopak air.
 
Warga asing itu, berniaga di sebuah pasar malam di sini, antara tiga peniaga yang dikenakan kompaun dan barangan disita, lapor Sinar Harian.
 
Beberapa minggu lalu, video warga asing itu yang mencelup sayur di dalam lopak air dan meletaknya di atas rumput tersebar di media sosial.
 
Sebelumnya, takungan air di tepi khemah gerai jualannya itu dilaporkan turut digunakan untuk membasuh kasut yang dipakainya.
 
Pegawai perhubungan awam MPS berkata tindakan tersebut dibuat bawah Undang-Undang Kecil Penjaja kelmarin .
 
“Sitaan termasuk 30 unit bakul sayur-sayuran, 22 bakul ikan, 13 unit bakul udang dan enam unit bakul sotong,” kata Ahmad Fauzi Ishak.
 
Susulan penularan video tersebut, perbuatan peniaga itu dikecam ramai.
 
 

Tiada ulasan: