Khamis, 5 April 2018

Pakatan Harapan fail tindakan mahkamah terhadap RoS

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan memohon kebenaran bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung keputusan jabatan itu membubarkan sementara pendaftaran PPBM hari ini. 
 
Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam Gobind Singh Deo kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizah Nawawi, di sini, hari ini.
 
Beliau memberitahu demikian ketika permohonan semakan kehakiman oleh Pakatan Harapan bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya ROS mendaftarkan parti tersebut sebagai pertubuhan berdaftar.
 
Menurut Gobind, pihaknya menerima surat RoS mengenai pembubaran PPBM bertarikh hari ini pada pukul 2 petang.
 
Gobind sehubungan itu memohon supaya pendengaran permohonan pihaknya ditangguhkan sehingga 11 April ini sementara menunggu pihaknya mengemukakan kepada mahkamah surat pembubaran  sementara itu daripada RoS.
 
 

Tiada ulasan: