KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman
denda RM5,000 atau penjara enam bulan ke atas Vivian Lee, bekas teman
wanita penulis blog, Alvin Tan atas tuduhan menerbitkan satu penerbitan
menghasut yang mempersendakan agama Islam di laman Facebook mereka, lima
tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak memutuskan demikian setelah
mengetepikan hukuman penjara lima bulan 22 hari terhadap Vivian atau
nama sebenarnya Lee May Ling, 28, dan Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye
Yee.
“Mahkamah telah melihat trend Mahkamah Rayuan yang hanya mengenakan denda ke atas kes-kes sebegini,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Vivian dan bekas teman lelakinya itu didakwa
menerbitkan satu penerbitan menghasut iaitu gambar dan komen bertajuk
‘Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak,
menyelerakan!!!)’ yang mengandungi logo halal di laman Facebook mereka
iaitu “Alvin dan Vivian-Alvivi”.
Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada pukul 9 pagi,
13 Julai 2013 mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang
memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau
kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan