Selasa, 10 April 2018

AirAsia tawar pengecualian caj tukar penerbangan sempena PRU14

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SEPANG: AirAsia menawarkan pengecualian caj penukaran penerbangan untuk tempahan yang tarikhnya jatuh pada hari mengundi (9 Mei).
 
Langkah itu diambil bagi memastikan pelan perjalanan penumpangnya tidak terganggu, menurut syarikat penerbangan tambang murah itu.
 
“Tawaran ini hanya sah kepada warganegara Malaysia sahaja, dan mestilah dibuat dalam masa sepuluh hari dari pengumuman tarikh mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR),” kata syarikat itu.
 
Syarikat itu juga menasihatkan orang ramai tiba di lapangan terbang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan, dan menggunakan perkhidmatan daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih untuk kemudahan mereka.
 
SPR hari ini mengumumkan 9 Mei sebagai hari mengundi sementara 28 April sebagai hari penamaan calon manakala 5 Mei pula tarikh pengundi awal.
 
Tempoh berkempen pula ditetapkan selama 11 hari bermula hari penamaan calon.
 
Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Hashim Abdullah dalam satu sidang medianya di Menara SPR, Putrajaya pagi tadi.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum itu mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong untuk membubar Parlimen pada 7 April lalu bagi memberi laluan kepada apa yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya.
 
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN.
 
 

Tiada ulasan: