“Kita akan lakukan siasatan. Polis akan lakukan siasatan,” kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri kepada pemberita ketika ditanya mengenai kes berkenaan di sini hari ini selepas merasmikan Minggu Halal Dunia.

Rizalman dalam sidang akhbar itu percaya dakwaan itu adalah satu perangkap yang bermotifkan politik bagi merosakkan nama baiknya, namun tidak tahu siapa yang melakukannya.