Isnin, 2 April 2018

Rayuan BR1M dibuka hari ini

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 peringkat pertama telah dibuka kepada pemohon yang gagal bermula hari ini sehingga 31 Mei depan.
 
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi catatan di laman Twitter dan Facebook beliau, hari ini.
 
Kata Najib lagi, rayuan boleh dikemukakan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat.
 
“Kepada yang permohonan BR1M mereka tahun ini tak lulus, anda boleh buat rayuan bermula hari ini 2 April sehingga 31 Mei di mana-mana cawangan LHDN.
 
“Anda juga boleh menyemak status dan mendapatkan maklumat lanjut menerusi portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: