Isnin, 2 April 2018

PRU 14 : Kecuali DAP, Tiga Parti PH Setuju Guna Logo PKR – Saifuddin Nasution

 
 



Hasrat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad ingin melihat empat kompenan PH menggunakan satu logo bagi berdepan PRU 14 mungkin tidak kesampaian apabila DAP keberatan menerima idea itu.

Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail semasa bercakap di DUN Taboh Naning, Parlimen Masjid Tanah Melaka semalam.

Menurutnya, kecuali DAP, ketiga-tifa parti kompenan lain, PKR, PPBM dan Amanah bersetuju menggunakan logo Keadilan bagi menghadapi PRU 14.

Namun, DAP masih keberatan dan akan bermesyuarat untuk menentukan perkara tersebut.

“Hari Selasa (esok) nanti akan ada dua kemungkinan, pertama pengumuman tiga parti (PKR, Amanah dan PPBM) bersetuju mengguna satu logo (PKR) dan dikecualikan DAP kerana alasan-alasan yang tertentu.

“Atau, kalau esok malam (Isnin) keputusan CEC pusat (DAP) bersetuju maka hari Selasa, pengumuman itu akan sebut empat parti menggunakan satu (logo),”katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin turut mendedahkan wartawan-wartawan media di Singapura optimis PH bakal menawan Putrajaya pada PRU 14.

“Baru ini saya dijemput bercakap di Singapura dengan Foreign Correspondents Club. Beberapa tahun lalu sebelum PRU 13, semasa saya menemani Datuk Seri Anwar (Ibrahim), waktu itu soalan-soalan mereka adalah bagaimana peluang kamu, bagaimana anda menyusun kerjasama Pakatan.

“Tetapi sekarang, mereka (wartawan Singapura) bercakap tentang kemungkinan berlaku peralihan kerajaan. Nada itu telah berubah. Dan ini isyarat-isyarat yang kita boleh tengok dari luar,”katanya lagi.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: