Isnin, 2 April 2018

Gobind Singh Deo Takut Kalah Jika Pindah Ke Johor





Selepas Pengerusi DAP Perak, David Nga Kor Ming tidak mahu meninggalkan negeri kelahirannya, seorang lagi tokoh DAP, Gobind Singh Deo enggan berpindah dari Parlimennya, Puchong, Selangor ke salah satu Parlimen Johor.

Sebelum ini Gobind yang juga Timbalan Pengerusi DAP Selangor dilaporkan bakal bertanding di Parlimen Labis bagi berdepan dengan Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong.

Selain Parlimen Labis, Gobind turut dirancang bakal bertanding di Parlimen Kulai yang sebelum ini dimenangi tokoh evangelis DAP, Teo Nie Ching.

Teo bakal berpindah ke Parlimen Kluang, selepas penyandangnya Liew Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor berpindah ke Parlimen Ayer Itam untuk berdepan dengan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Seorang lagi evangelis, Wong Shu Qi yang juga ADUN Senai dijangka bakal bertanding di Parlimen Labis atau Parlimen Kulai yang ditinggalkan Teo.

Portal pro DAP, Malaysiakini melaporkan ketidakhadiran Gobind dalam majlis pusat operasi Pakatan Harapan di Kulai mengesahkan beliau bukan calon Parlimen berkenaan.

Dilaporkan jika Gobind sedia meninggalkan Parlimen Puchong, tempatnya bakal diganti sama ada ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh (evangelis) atau ADUN Sri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Seorang sumber berkata Yeoh adalah pilihan terbaik kerana pengalamannya selama lima tahun sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Selangor melayakkan beliau menjawat jawatan Speaker Dewan Rakyat sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.

Difahamkan DAP bercadang untuk menukar Raub dengan Johor Baru, kawasan Parlimen yang sebelum ini ditandingi calon PKR.

DAP berminat untuk bertanding Di Johor Baharu bagi membolehkan supremo parti Lim Kit Siang mencabar penyandangnya Tan Sri Shahrir Abdul Samad, yang telah memegang kerusi itu sejak tahun 1978.

Bagaimanapun, PKR masih belum membuat sebarang keputusan.

Tiada ulasan: