SUBANG JAYA: Lima pelajar sekolah antarabangsa ditahan polis di Bandar
Sunway di sini, semalam, kerana membawa senjata tajam dipercayai
kerambit di dalam kenderaan ketika keluar untuk minum bersama rakan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin
Sadari, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu,
kesemua suspek berusia 19 tahun ditahan anggota Unit Kereta Peronda
(MPV) yang membuat rondaan.
"Ketika ditahan, kenderaan pelbagai guna dinaiki pelajar terbabit berada dalam keadaan mencurigakan.
"Pemeriksaan mendapati kereta itu dimiliki ibu salah seorang pelajar berkenaan," katanya dipetik laporan BH Online.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu menemukan
senjata tajam dipercayai kerambit yang diletakkan di bawah kerusi
bahagian pemandu.
"Semua individu ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk ujian saringan air kencing.
"Siasatan lanjut mendapati senjata itu dipercayai sengaja disimpan oleh kumpulan pelajar berkenaan," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan