GEORGETOWN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum menerima sebarang
rayuan daripada PPBM berhubung keputusan pembubaran sementara parti
berkenaan yang berkuat kuasa Khamis lalu oleh Pendaftar Pertubuhan
Malaysia (RoS).
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata setakat ini tiada lagi sebarang permohonan rayuan daripada PPBM.
"Saya membaca mengenainya (bahawa PPBM akan membuat rayuan) tapi saya
belum menerima apa-apa lagi," katanya kepada pemberita apabila diminta
mengulas mengenai isu itu di sini, hari ini.
Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pihaknya akan
mengemukakan rayuan terhadap keputusan pembubaran sementara oleh RoS itu
kepada Ahmad Zahid.
Beliau dipetik berkata, sekiranya Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam
Negeri, enggan membantu maka PPBM akan memfailkan rayuan di mahkamah.
ROS mengeluarkan perintah pembubaran sementara berdasarkan notis
mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, terhadap PPBM, berkuat
kuasa Khamis lalu.
Perintah itu dikeluarkan selepas ROS mendapati PPBM gagal menyerahkan
sepenuhnya segala butir maklumat dan dokumen yang diminta sebagaimana
notis dikeluarkan mengikut Seksyen 14(2) akta sama pada 28 Februari
lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan