Isnin, 23 April 2018

Polis edar lakaran suspek tembak imam Palestin

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis mengedarkan lakaran wajah suspek lelaki yang dipercayai membunuh pensyarah warga Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma di pintu keluar negara.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata suspek dipercayai adalah warga Eropah atau Timur Tengah.
 
"Lakaran wajah suspek itu dibuat oleh pakar kami berdasarkan kenyataan daripada saksi.
 
"Mereka berkulit putih, mempunyai janggut, berbadan tegap, setinggi kira-kira 1.8 meter, mereka menunggang motosikal jenis BMW GS atau Kawasaki Versys berwarna hitam semasa hari kejadian," katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.
 
Apabila ditanya sama ada lelaki masih di negara itu, beliau berkata: "Kami masih belum mendapat kepastian, bagaimanapun, kami sudah bekerjasama dengan agensi tempatan dan antarabangsa yang berkaitan," katanya.
 
Sabtu lalu, kira-kira jam 6 pagi, Dr Fadi ditembak mati ketika berjalan ke surau dekat sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak, untuk menunaikan solat subuh.
 
 

Tiada ulasan: