PULAU PINANG: Pengasas syarikat pembuatan dan penjualan barangan kemas
bumiputera, Habib Jewels, Datuk Habib Mohamed Abdul Latif, 92, meninggal
dunia di sebuah hospital swasta di sini kira-kira pukul 4.26 pagi tadi.
Allahyarham dikatakan tidak sedarkan diri sejak dua minggu lalu selepas
mengalami kecederaan pada kepala dipercayai akibat terjatuh di
rumahnya.
Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Kapitan Keling selepas
solat zuhur hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan
Perak di sini.
Allahyarham mengasaskan jenama Habib Jewels sejak 1958 yang kini telah diwarisi oleh anaknya, Datuk Seri Meer Sadik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan