MALAYSIA DATELINE
Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang menasihatkan ahli parlimen Sepang,
Mohamed Hanipa Maidin dan Baling, Datuk Azeez Rahim agar memohon
keampunan kepada ALLAH & berINABAH kepadaNya.
Seterusnya, beliau meminta kedua-duanya hentikanlah daripada membuat kenyataan yang akan hanya menambah kesalahan.
“Nasihat ini semata-mata kerana menunaikan kewajipan sesuai dengan
sabda Rasulullah SAW bahawa “agama itu nasihat”,” kata Ahmad Awang.
Katanya, isu ini tidak perlu diambil kesempatan oleh mana-mana pihak
untuk kepentingan politik apatah lagi untuk mengalihkan topik perbahasan
yang sebenar bagi melindungi kezaliman kerajaan kleptokrasi yang
berterusan menyalahgunakan kuasa untuk terus menipu dan menindas rakyat.
“Sehubungan dengan ini, sukalah saya menasihati semua pihak agar
berlaku adil jika hendak mengulas isu ini dengan menegur kedua-dua MP
berkenaan.
“Bukan dengan hanya menujukan sasaran teguran kepada MP Sepang semata-mata,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Setelah mentela’ah pendapat/ fatwa para ulama mu’tabar (salaf &
khalaf), di dapati mereka sepakat memfatwakan bahawa mengucapkan lafaz
yang mentasybihkan atau memperumpamakan makhluk dengan Tuhan samada pada
zatNya atau perbuatanNya atau sifat & namaNya, hukumnya adalah
haram dan di larang keras mengucapkannya samada secara terang ataupun
sindiran, katanya.
Katanya, melafazkan perkataan seperti “kamu ini Tuhan kah yang boleh
tahu begitu begini”, atau ” kalau saya Tuhan saya akan buat begitu
begini” adalah termasuk sebagai lafaz tasybih yang mengumpamakan makhluk
dengan Tuhan.
“Implikasi daripada melafazkan perkataan yang terlarang itu boleh
menjejaskan aqidah tauhid sesiapa yang melakukannya selagi seseorang itu
dalam keadaan aqal siuman semasa melafazkannya tanpa sebarang paksaan,”
katanya.
Menurut beliau, apabila seseorang telah melafazkannya dengan sengaja
atau terlanjur maka ianya tidak terbatal dengan hanya menarik balik apa
yang telah di lafazkan.
“Ini kerana perlanggaran ke atas hukum larangan itu telah berlaku dan
ianya adalah perlanggaran ke atas hak ALLAH. Maka yang di tuntut ke atas
seseorang yang melakukan maksiat perlanggaran itu adalah bertaubat dan
memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun.
“Adapun larangan tersebut adalah sangat jelas berdasarkan kepada firman Allah dalam surah Asy Syura ayat 11 :
“Setelah meneliti rakaman video pertikaman lidah di Dewan Rakyat di
antara MP Baling (yang memulakannya) & MP Sepang (yang memberi
respon), serta merujuk kepada hansard Parlimen, adalah di dapati
kedua-dua MP berkenaan terlibat melafazkan perkataan mentasybihkan
makhluk dengan Tuhan yang boleh menjejaskan aqidah tauhid,” kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan