KOTA BHARU: PAS akan mengumumkan calon secara rasmi serentak di seluruh negara pada 19 April ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, bermula esok juga PAS turut melancarkan manifesto yang kedua.
Pada perkembangan berkaitan, beliau
berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya menetapkan
tarikh pembuangan undi pada 9 Mei iaitu hari bekerja.
Menurutnya, PAS sudah menjangka SPR akan
menetapkan tarikh bukan hari minggu sebagaimana yang pernah dilakukan
agensi tersebut sebelum ini.
"Namun dari sudut pilihan raya, PAS
berpandangan tidak sepatutnya diadakan pada hari bekerja, lebih-lebih
lagi pada kali ini hari pembuangan undi sudah hampir hari raya.
"Apa pun SPR sudah menetapkan tarikh,
cuma kita harap pengundi diberikan kemudahan yang perlu untuk mereka
balik membuang undi," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan majlis
penyerahan borang menyertai PAS JKR 10 petang ini.
Sebelum itu ahli Jawatankuasa Umno
Bahagian Tanah Merah Che Mood Che Mamat bersama 59 lagi ahli Umno
menyerah borang n kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Mohd
Amar Nik Abdullah. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan