BIAR jelas dan terang
kenyataan ini. DAP tidak gusar dan tidak berselindung lagi. "Kami (DAP)
pilih logo PKR kerana pengundi Melayu akan terimanya".
Logo roket merah yang menjadi
kebangaannya sejak tahun 1966 disorok dan digantikan dengan logo 'mata'
PKR. Kata DAP roket dibimbangi orang Melayu bermakna jika mereka
berkeras guna roket kali ini pengundi Melayu akan tolak mereka.
Lalu demi memenangi undi Melayu yang
dijangka bergelombang bagai Tsunami besar PRU ke 14 ini berselindunglah
DAP di belakang logo PKR, kerana nanti pengundi Melayu akan sangkakan
mereka PKR sedang hakikatnya mereka roket yang dibimbangi.
Ayuh jangan tertipu. Undi logo PKR hakikatnya undi DAP. Jangan gadaikan nasib dan masa depan kita. Jangan tertipu. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan