Rabu, 11 April 2018

PAS Pahang sedia tanding 40 kerusi DUN

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUANTAN: PAS Pahang akan meletakkan calon di semua 14 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
 
Pesuruhjaya PAS negeri, Rosli Abdul Jabar berkata, keputusan itu diambil bagi membuktikan komitmen dan keyakinan PAS untuk merampas pucuk pimpinan kerajaan negeri Pahang daripada Barisan Nasional (BN).
 
"Peluang kita menang kali ini agak cerah dan jika PAS serius membentuk kerajaan negeri, kita perlukan (menang) sekurang-kurangnya 22 kerusi DUN bagi majoriti mudah.
 
"Sebelum ini, kita maklumkan mahu bertanding di 36 kerusi sahaja, namun terdapat pertikaian daripada parti lawan bagaimana mahu membentuk kerajaan jika tidak cukup kerusi... jadi, hasil perbincangan melalui Majlis Syura, berkemungkinan juga kita akan meletakkan calon di semua kerusi DUN, termasuk membabitkan dua calon bukan Islam," katanya dipetik BH Online.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Amanat Pilihan Raya: PAS Teraju Pahang di Padang Awam Cenderawasih, di sini, malam tadi.
 
Yang turut hadir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Naib Ketua Dewan Muslimat PAS, Salamiah Mohd Nor dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.
 
Pada majlis itu, Abdul Hadi mengumumkan Nasrudin Hassan yang juga bekas Ahli Parlimen Temerloh sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota.
 
 

Tiada ulasan: