KUALA LUMPUR:
“Kita menganggarkan pendapatan pada tahun 2018 ini dengan anggaran
sebanyak RM696 juta untuk pendapatan kerajaan di Kelantan dan ternyata
lebih rendah berbanding di Terengganu iaitu sebanyak RM1.8 bilion,” kata
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.
Menurutnya, RM1.5 bilion daripada jumlah RM1.8 bilion itu adalah hasil daripada royalti minyak.
Tambahnya,
pendapatan sebenar kerajaan Terengganu adalah sebanyak RM300 juta
sahaja. Ini terbukti Kelantan telah mendahului Terengganu sebanyak RM396
juta.
Beliau juga membuat perbandingan
pertumbuhan ekonomi di Kelantan adalah sebanyak 4.8 peratus mengatasi
kadar nasional pada tahun 2016 hanya pada kadar 4.2 peratus sahaja .
Kadar itu, kata beliau juga jauh meninggalkan negeri Pahang iaitu sebanyak 2.0 peratus pada masa itu.
“Di Kelantan, PAS turut memperkenalkan Al-Qardhul Al-Hasan
(pinjaman tanpa faedah) kepada kakitangan kerajaan. Sebagai contoh,
kakitangan kerajaan beli kereta bernilai RM60,000 dan tempoh bayaran
selama 6 tahun,” ujar beliau pada Program Town Hall Anak Muda Anjuran
Jabatan Professional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (JPro) di Bangi,
semalam.
Jelasnya, peminjam hanya perlu membayar harga asal kereta iaitu RM60,000 tanpa bertambah satu sen pun.
“Maka apakah yang lebih kita mahu dari sebuah pentadbiran yang kita namakan sebagai good governance kecuali sebuah pentadbiran yang bersih daripada rasuah dan juga salah guna kuasa
“Sehubungan ini, insya Allah kita
mahukan salah seorang exco di belakang saya ini yang akan mengubah
lanskap di Terengganu menuju ke arah yang lebih baik,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan