BANGI: Pengarah, Urusetia Beliau dan Sukan (UBeS) Negeri Kelantan,
Fadhli Shaari berkata, yuran yang dikenakan di Kolej Islam Antarabangsa
Sultan Ismail Petra (KIAS) adalah minimum dengan hanya sekitar RM1,000.
Katanya, Kerajan Kelantan juga
memperkenalkan skim biasiswa untuk pelajar-pelajar cemerlang melanjutkan
pelajaran ke Universiti Al-Azhar
Beliau menyebutkan dirinya sebagai
contoh bekas seorang mahasiswa KIAS yang melanjutkan pelajaran ke
Universiti Al-Azhar menggunakan Skim Biasiswa Kelantan
“Ini merupakan hasrat kerajaan negeri
untuk perkenalkan pendidikan percuma tetapi dengan bajet atau dengan
kekangan kewangan yang ada, kita tidak mampu memberikan percuma ini
seratus peratus kecuali jika kita dapat mengambil alih Kerajaan Pusat,”
ujarnya menjawab persoalan hadirin pada Program Town Hall Anak Muda
anjuran Jabatan Professional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (JPro) di
sini, semalam.
Beliau menjelaskan sekitar RM6 bilion hingga RM8 bilion perlu diperuntukkan untuk membayar yuran semua 570,000 pelajar
“Bayangkan tuan-tuan, RM60 bilion bajet
Kementerian Pendidikan, kerajaan peruntukkan untuk pendidikan, apalah
sangat untuk ditambah lagi RM6 atau RM7 bilion untuk menghasilkan
pendidikan percuma," ujar beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS
Malaysia
Jelasnya, daripada jumlah RM650 juta
bajet Negeri Kelantan, sekitar RM100 juta digunakan untuk memberikan
pendidikan kepada rakyat yang meliputi sekitar 18 hingga 19 peratus
daripada keseluruhan bajet itu.
Terang beliau, terdapat 15,000 pelajar
di bawah Yayasan Islam Kelantan dan 3,000 guru yang ditanggung
sepenuhnya oleh kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan