Rabu, 11 April 2018

NAJIB KECEWA SHAFIE TIKAM BELAKANG



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluahkan kekecewaan dan menyifatkan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai tidak mengenang jasa apabila cuba ‘menikam dari belakang’.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, sejarah penubuhan UMNO membuktikan pemimpin parti itu sendiri tidak kuat kerana yang memberi kekuatan kepadanya adalah parti.

Katanya sebagai contoh pengasas parti, Datuk Onn Jaafar meninggalkan UMNO disebabkan tidak setuju dengan dasar dan menubuhkan Parti Negara.



“Saya bagi peluang luar biasa kepada beliau menjadi naib presiden UMNO dan melantiknya menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membawa perubahan di kawasan luar bandar khususnya di Sabah.

“Tetapi dalam keadaan tertentu dia tikam saya dari belakang, pedih rasanya dan saya kecewa apabila sahabat karib berbuat demikian,” kata Pengerusi BN di Semporna, pada Isnin.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, pemangku  Ketua UMNO, Datuk Nasir Tun Sakaran dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ramlee Marahaban.

Shafie yang juga penyandang kerusi parlimen Semporna kini mengasaskan Parti Warisan Sabah.

Bagaimanapun, Najib yakin BN mampu mengekalkan Semporna dalam pilihan raya umum akan datang.




Tiada ulasan: