OLEH HAZIQ ISMAIL
SHAH
ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melalui Jabatan Landskap
mempelawa golongan asnaf, khususnya ibu tunggal memohon kerja
pembersihan dan pencucian tandas awam, di Taman Tasik Shah Alam bagi
meningkatkan taraf hidup mereka.
Ketua Bahagian Korporat dan
Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, ia adalah usaha murni MBSA
membantu golongan kurang berkemampuan mengharungi kehidupan mencabar,
pada masa ini.
Katanya,
sebagai Pihak Berkuasa Tempatan prihatin terhadap permasalahan
masyarakat, usaha itu sebahagian daripada inisiatif MBSA mengurangkan
masalah kemiskinan bandar, di Shah Alam.
“Orang ramai yang ingin
memohon kerja ini perlu mematuhi syarat ditetapkan antaranya pemohon
perlu tinggal di kawasan pentadbiran MBSA dan berumur dalam lingkungan
30 hingga 60 tahun serta syarat lain ditetapkan.
“Pemohon yang
berjaya juga perlu mematuhi syarat lain antaranya tidak boleh menyewakan
tawaran kerja pembersihan dan pencucian tandas awam ini kepada pihak
ketiga,” katanya dalam kenyataan.
Shahrin berkata, orang ramai
yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Jabatan Landskap,
Tingkat 7 (Lif A), Bangunan Wisma MBSA, sebelum atau pada 10 April ini.
Sebarang
pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi Khairunnisa Mohd Zaini, Arkitek
Landskap, Jabatan Landskap MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1498.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan