PETALING JAYA: Presiden Amanah, Mohamad Sabu dilarang menjejakkan kaki
ke Sarawak hari ini, kata Setiausaha Politiknya, Mohd Azhar Mat Dali.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu ditahan ketika menjalani
pemeriksaan imigresen, setibanya di Lapangan Terbang Kuching pada 9.30
pagi ini.
Azhar dalam satu kenyataan memaklumkan Mat Sabu ke Sarawak untuk menghadiri mesyuarat parti itu.
Katanya, timbalan presiden Pakatan Harapan itu dibenarkan ke Sarawak untuk menghadiri satu program di Bintulu, minggu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan