ANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah di sebuah universiti swasta yang juga imam dari Palestin ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya
menerima maklumat berhubung seorang lelaki Arab berusia 35 tahun
ditembak, dipercayai oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, di hadapan
kondominium itu kira-kira jam 6 pagi.
Mangsa dikatakan sedang berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh.
"Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10
das tembakan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan
dikesan pada badan mangsa.
"Polis turut menemui dua kelongsong peluru di lokasi kejadian. Mangsa
disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Mangsa sudah berkahwin dan tinggal di kondominium berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan