Rabu, 4 April 2018

KES DADAH : RIZALMAN JAWAB ESOK




Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar yang ditahan di sebuah kelab awal pagi semalam akan menjawab isu berkenaan pada Rabu.

Beliau akan mengadakan sidang media khas itu di Pejabat UMNO Bandar Tun Razak jam 10 pagi berdasarkan jemputan media yang diedarkan hari ini.

Rizalman dikatakan telah ditangkap di sebuah kelab malam Club de Vegas di Jalan Imbi, Kuala Lumpur dalam satu serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya.

Hasil siasatan awal polis mendapati beliau dan beberapa lagi rakannya positif dadah.

Penahanan beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu mengejutkan ramai pihak kerana Rizalman sebelum itu disebut-sebut calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Bandar Tun Razak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Tiada ulasan: