KOTA BHARU:
Majlis Syura Ulamak menapis lebih teliti senarai calon PAS yang akan
bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ini bagi memastikan tokoh yang
akan ditampilkan lebih berwibawa.
Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah, berkata Majlis Syura Ulamak lebih menekankan aspek undang-undang dan agama.
“Majlis Syura Ulamak memang teliti soal
pemilihan calon. Walau pun kita tidak dirujuk kepada SPRM, tetapi turut
menekankan kaedah yang serupa,” ujarnya selepas mesyuarat Exco, di Kota
Darulnaim hari ini.
Pada akhir Januari lepas Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan belum menerima senarai
nama calon PRU14 daripada pembangkang untuk disaring.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi),
Dato’ Seri Azam Baki dilapor berkata, pihaknya hanya menerima senarai
daripada BN yang sudah menghantar beberapa nama.
Menurut Mohd Amar, Majlis Syura begitu
teliti dalam pemilihan calon, malah ada di antaranya dikeluarkan kerana
ada beberapa masalah. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan