Rabu, 11 April 2018

Azmin kembalikan kereta rasmi kepada SUK

KEADILAN DAILY

 1975a450-7641-4f06-a06b-7b9a59ea9602

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini menyerahkan kereta rasmi kepada kerajaan negeri susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau dilaporkan akan pulang ke rumah dengan menaiki kereta perkongsian tumpang yang dipesan melalui aplikasi Grab.

“Selepas menyerahkan kunci kereta secara rasmi kepada kerajaan negeri, MB Azmin berkata beliau akan mengambil Grab untuk pulang ke rumah,” menurut Twitter wartawan Channel News Asia, Melissa Goh yang diulang ciap oleh Azmin.

Menurut Facebook Azmin, beliau dan exco menyerahkan kenderaan rasmi itu kepada setiausaha kerajaan negeri Selangor.

Azmin yang juga timbalan presiden KEADILAN itu akan kembali ke litar kempen sebagai penyandang kerusi Parlimen Gombak dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Mengikut undang-undang, dengan pembubaran sesebuah DUN, seorang menteri besar dengan sendirinya menjadi “menteri besar sementara”, sehinggalah kerajaan baru dibentuk dan ketua eksekutif baru dilantik.

Tiada ulasan: