KUALA LUMPUR – Sultan Johor murka dengan tindakan sekumpulan
mat rempit yang terus menjadikan Jalan Pantai Lido di hadapan Hospital
Sultanah Aminah (HSA) sebagai medan lumba haram.
Baginda menerima banyak aduan khususnya daripada pesakit HSA tidak dapat tidur disebabkan bunyi bising enjin motosikal akibat perlumbaan haram yang kerap berlaku terutama pada lewat malam.
Lantaran itu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti itu.
“Berhenti dari terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah ini… fikirkan mengenai ketenteraman awam dan pesakit di hospital yang memerlukan rehat secukupnya,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office.
Baginda bertitah, Allahyarham Tunku Abdul Jalil pernah menyebut bahawa beliau sukar beradu pada waktu malam semasa menerima rawatan di Wad DiRaja HSA disebabkan bunyi kuat motosikal.
Keadaan sama dialami oleh menantu Sultan Ibrahim, Puan Khaleeda Bustamam ketika melahirkan kedua-dua anakandanya.
“Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri tidak dapat beradu pada waktu malam disebabkan gangguan bunyi motosikal yang berlumba dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.
“Saya juga mengalami pengalaman yang sama ketika menerima rawatan di Wad DiRaja HSA,” titah Sultan Ibrahim. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan