Selasa, 27 Februari 2018

Shahida Kecewa Suami Kena Kecam Berlakon Filem…




MYNEWSHUB




MUNGKIN masih ada yang tidak tahu bahawa sebelum menceburi bidang perniagaan, Datin Seri Shahida merupakan penyanyi sebuah kumpulan nasyid pada suatu ketika dahulu.

 



Kumpulan tersebut dikenali sebagai Solehah, yang turut dianggotai oleh penyanyi Bienda dan isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu.

Oleh itu, Shahida mungkin mempunyai kredibiliti untuk membandingkan keadaan industri hiburan dulu dan sekarang.



“Suasananya berbeza. Dahulu, tiada kecaman hebat dan berbisa seperti sekarang. Lagipun, saya menganggotai kumpulan nasyid, pastinya keadaan yang saya lalui berbeza berbanding selebriti lain.

“Sekarang zaman internet, semua orang ada akses menerusi telefon pintar dan kemudahan ada dihujung jari sahaja. Banyak perkara boleh ditimbulkan oleh sesetengah pihak dan dijadikan isu hangat,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.



Sebab utama ibu kepada tiga cahaya mata itu mengeluarkan kenyataan seperti itu ialah disebabkan kecaman yaang diterima oleh suminya sendiri selepas membintangi filem sulungnya, Badang.



Sebagai isteri yang sedang mengandung, pastinya dia berasa sedikit terkilan dan sedih ketika membaca segala kritikan yang dilemparkan ke atas suami kesayangannya itu.

Sebelum ini, Aliff telah dikecam kerana didakwa menjadi perosak filem tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga telah ditegur oleh ramai artis lama dan menganggap dirinya masih belum layak menjadi pelakon jika sudah melatak selepas ditegur tentang cara lakonan.

Baca: Aliff Syukri Mohon Maaf Isu Ganggu ‘Periuk Nasi’ Orang

Juga: Amyza Aznan ‘Meluat’ Aliff Syukri Minta Bakat Dihargai

 



“Sebagai isteri, tipu kalau saya tidak terkesan. Sedih memang sedih kerana banyak kritikan yang berunsur cemuhan dan menjatuhkan.

“Kritikan yang membina itu positif untuk penambah baikan di masa akan datang, tetapi apa yang banyak diterima adalah kritikan menjatuhkan,” tambahnya lagi dengan perasaan sedih.

Malah, baginya segala kritikan itu bagaikan mengeji dan menghina sehingga menjatuhkan maruah mereka sekeluarga.



Bagaimanapun, sebagai seorang isteri, Shahida sentiasa menasihati Aliff supaya tidak membuat sesuatu perkara secara melulu.

Dia sering mengingati usahawan itu supaya sering berhati-hati setiap kali memuat niak gambar mahupun video di akaun Instagram.

Masakan tidak, netizen ni kalau dah tak suka, semua benda salah di mata mereka. Buatlah baik macam mana pun, pasti buruk yang menjadi fokus buat mereka.



Sementara itu, program realiti kehidupan mereka sekeluarga sekali lagi akan ditayangkan melalui saluran Astro yang bertajuk Oh Abang Kosmetik.

Oh Abang Kosmetik sudah memasuki musim kedua selepas ianya ditayangkan sekitar tahun lalu.
Jadi, kalau nak tengok macam mana kehidupan sebenar keluarga usahawan terkenal itu, jangan lupa saksikan setiap Isnin jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Percayalah, walaupun ramai yang cakap mereka tak suka pada Aliff Syukri tu, mesti akan ada yang curi-curi tengok juga untuk tahu kisah kehidupan mereka sekeluarga! – MYNEWSHUB.CC/AH

LIHAT VIDEO DI SINI
NO. 1
NO. 2
NO. 3

Tiada ulasan: